NADI Kampung Assyakirin

NADI X KIDVENTURE: PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI KAMPUNG ASSYAKIRIN 2025 (COHORT 3) 

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3.

Pengenalan:

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).

Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Jika berminat,

Borang pendaftaran seperti di pautan berikut:  https://rebrand.ly/daftarKidVenture  

atau

boleh pergi ke NADI Kampung Assyakirin untuk mendaftar, dan petugas NADI akan membantu anda mengisi borang pendaftaran tersebut.

(TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: JUMAAT, 13 JUN 2025)