27 Ogos 2025 | RABU | UPMS
Pihak NADI Kampung Assyakirin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Sarawak atas Jemputan Perjumpaan JKOM bersama Key Communicator dan memberi peluang kepada pihak NADI Kampung Assyakirin untuk memperkenalkan NADI dan perkhidmatan pintar yang sedia ada di NADI Kampung Assyakirin.
Terima kasih juga kepada pihak & warga UPMS kerana sudi menerima kunjungan dari pihak NADI dan terima kasih juga kepada En. Ramzee, Pegawai JKOM ( Bintulu ) telah memberi ruang kepada perkongsian idea, pandangan dan hala tuju dalam memperkukuh peranan komuniti sebagai penyampai maklumat yang berkesan.


