


Pada 20 Oktober 2024, Program Kelas Kesedaran NADI x eSUKAN telah dianjurkan dengan jayanya di NADI Kampung Assyakirin dan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan penting sukan elektronik dalam pembangunan generasi muda.
Sepanjang program, tayangan video National eSports Development Guideline (NESDEG) telah dipersembahkan kepada para peserta. Video ini memberi pendedahan mendalam tentang garis panduan pembangunan eSukan di peringkat kebangsaan, yang meliputi aspek etika, keselamatan, serta peranan eSukan sebagai platform pembangunan diri dan kerjaya.
Selain itu, sesi interaktif turut diadakan di mana peserta dapat bertanya dan berbincang tentang peluang kerjaya, etika permainan, dan sokongan komuniti dalam dunia eSukan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, terutama daripada golongan belia yang berminat untuk menceburi dunia eSukan secara profesional.
Program ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan bagi peserta untuk memahami kepentingan eSukan yang bukan sahaja menyeronokkan, malah membentuk disiplin, strategi, dan kerjasama yang tinggi.