Soalan Lazim: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013?
J:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah program yang dilancarkan di bawah Bajet 2013, di mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 kawasan Program Perumahan Rakyat di bandar-bandar besar terpilih.
- Program ini dibiayai menggunakan dana Universal Service Provision (USP) selama 3 tahun.
2. S: Bilakah Pusat Sebaran Maklumat Nasional akan dilaksanakan?
J:
Pelaksanaan projek ini dilakukan secara berperingkat bermula pada tahun 2013.
3. S: Bagaimanakah cara untuk memohon Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan saya?
J:
Pemilihan lokasi NADI berdasarkan tinjauan dan lawatan tapak yang dijalankan oleh SKMM dengan kerjasama agensi kerajaan pusat dan negeri.
- Perlantikan pemberi perkhidmatan dilakukan melalui proses tender terbuka kepada pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek ini?
J:
Pelaksanaan projek NADI dilakukan melalui:
- Proses tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Universal Service Provision (USP).
- Sila rujuk www.skmm.gov.my untuk pemberitahuan tender terkini.
5. S: Adakah terdapat syarat khusus untuk membida projek NADI? Adakah orang awam boleh membuka pusat ini?
J:
Syarat khusus adalah seperti berikut:
- Pembida mesti pemegang lesen seperti Network Facilities Provider (Individual) [NFP(I)], Network Service Provider (Individual) [NSP(I)], dan Applications Service Provider (Class) [ASP(C)] di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Orang awam tidak boleh memohon untuk membuka pusat ini secara individu.
- Sila rujuk Bahagian Pelesenan SKMM untuk maklumat lanjut.
6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI?
J:
Kemudahan yang disediakan termasuk:
- Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
- Perkhidmatan Wi-Fi untuk komuniti sekitar.
- 10 buah komputer dengan perisian terkini.
- Perkhidmatan tambahan: faks, pencetak, dan fotostat.
- Program latihan ICT dan pembangunan modal insan.
- Aktiviti berkaitan yang diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus NADI.
7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?
J:
NADI terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa had umur.
8. S: Dimanakah lokasi NADI terdekat?
J:
Sila rujuk senarai lokasi NADI yang beroperasi di Senarai Lokasi NADI.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat Wilayah SKMM yang terdekat.
9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NADI?
J:
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar penggunaan yang lebih murah.
10. S: Adakah caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan di NADI?
J:
Ya, caj yang dikenakan adalah rendah dan berpatutan untuk beberapa perkhidmatan.
11. S: Berapakah kadar bagi program latihan ICT di NADI?
J:
Tiada bayaran dikenakan bagi program latihan ICT. Hubungi pengurus NADI berhampiran untuk maklumat lanjut.
12. S: Apakah perbezaan antara NADI dan cybercafe biasa?
J:
NADI menawarkan kelebihan seperti:
- Pemantauan penggunaan komputer melalui Sistem Pemantauan Berpusat.
- Kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet untuk pengguna.
- Kemudahan mesra komuniti yang memfokuskan pembangunan modal insan.
Sumber: pi1m.skmm.gov.my