NADI Kampung Assyakirin

Dengan segala hormatnya, kami berbesar hati ingin menjemput anda untuk menyertai Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan.

Pendigitalan amat penting dalam era digital kini, dan eKelas Usahawan memperkasakan usahawan mikro melalui bengkel pemasaran digital berstruktur, menawarkan kemahiran praktikal dalam fotografi, penulisan kreatif dan pengiklanan dalam talian untuk mengukuhkan kemahiran digital mereka dalam meluaskan peluang pendapatan.

Syarat Penyertaan:

Terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar

Berumur 18 tahun hingga 60 tahun

Penyertaan adalah PERCUMA

Daftarkan kehadiran anda melalui poster-poster yang disediakan di dalam emel ini, dan pilih tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan anda.

14 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

21 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

28 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Webinar ini akan diadakan secara dalam talian.